Suami serabai lepas 4 bulan tak jumpa, isteri 'makeover' bagi handsome semula

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki akan nampak lebih terurus kalau bersama dengan orang yang dia sayangi, nak-nak lagi kalau isterinya itu pandai menjaga suaminya. Berjauhan dengan pasangan kadang kala akan membuat seseorang itu malas mengurus dirinya, mungkin itu yang dirasai oleh suami wanita ini.




“Suami tak diurus isteri...”

Menurut perkongsian di TikTok Emaprdtha, selepas empat bulan tidak berjumpa kerana jalinkan hubungan jarak jauh, suaminya pulang dengan keadaan yang tidak terurus. Berambut panjang serta berjambang membuatkan isteri rasa tak senang melihatnya.



“Itu pertama kali aku melihat dia seperti itu...”

Tidak ambil masa yang lama, isterinya terus membawa suaminya ke kedai gunting rambut untuk memotong rambut serta mencukur misai dan jambang agar kelihatan kemas. Memang jelas kelihatan perbezaan antara sebelum dan selepas perubahan itu.





Rakaman video tersebut mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata memberi komen yang positif. Malah isteri turut mendapat pujian kerana bijak menjaga penampilan suaminya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen