Hawa Rizwana inginkan lelaki yang setia dan bertanggungjawab sebagai teman hidup

Oleh: Zuzu Yasmine

Semakin mendapat nama di dalam dunia pengacaraan, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 25, tidak mampu menepis bahan gosip yang menjadikan namanya sebagai sebutan ramai.




Pengacara TV3 ini pernah dikaitkan memiliki hubungan istimewa dengan pelakon dan pelawak Zizan Razak, namun beliau menafikan perkara tersebut malah mengaku tidak terfikir mencari teman lelaki ketika ini.

"Orang kata saya rapat dengan Zizan... Sebenarnya, tidak betul. Kami hanya berjumpa kerana mempunyai minat dalam sukan basikal.

"Buat masa ini, saya selesa berkawan dengan sesiapa sahaja. Saya tidak terfikir hendak mencari (pasangan), sebab terlalu sibuk dengan karier dan pada masa sama, masih belajar," katanya.

Katanya lagi, dia ketika ini lebih ingin fokus kepada kerjaya sebelum memikirkan soal cinta.

"Saya meletakkan niat utama untuk bekerja dahulu. Jadi, memang tidak nampak arah itu (mencari teman hidup) lagi," tambahnya.

Hawa juga sempat berkongsi beberapa ciri-ciri jejaka yang menarik perhatiannya.

"Saya tidak pernah meletakkan syarat jenis pekerjaan, cuma apa yang penting, dia mesti bertanggungjawab. Dia juga mesti setia dan menerima saya seadanya. Bagi saya, semua wanita ada impian sama," jelasnya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen