"Harap satu hari macam ni..." -Suami beri kejutan pada isteri, buat yang 'single' rasa nak kahwin

Oleh: Zuzu Yasmine

Cukup mudah nak bahagiakan seorang isteri ni. Kadang tak perlu keluarkan modal yang banyak tapi cukup ingat dan tahu apa yang dia sukai tentu saja itu akan membuatnya bahagia.


Nak-nak lagi, orang perempuan ini sangat suka akan ‘surprise’, jadi kalau dapat perkara ini di hari biasa atau hari bermakna buat dirinya tentu saja dia rasa dihargai.

Suami bawa isteri 'dating'


Mendapat perhatian di ruangan Twitter hari ini, apabila satu rakaman video seorang isteri tersenyum lebar apabila mendapat sejambak bunga dari suaminya.

"Bahagia dia dapat bunga..."

Dikongsi oleh Akmal Hizzat, dapat dilihat senyum kegembiraan terpancar di wajah isteri sejurus dia membuka pintu dan melihat sejambak bunga di tempat duduknya.

Selepas mendapat sejambak bunga, suaminya turut membawanya ke tempat makan yang romantik. Memang jelas kelihatan isterinya tersenyum bahagia saat itu.

"Oh... anniversary..."

Menjengah ke laman Instagram milik Akmal Hizzat rupa-rupanya dia melakukan kejutan buat isterinya bagi menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana selalu menjadi isteri yang baik serta ada bersamanya, malah berharap perkahwinan yang terbina itu kekal selamanya.


Perkongsian itu telah menarik perhatian warganet malah rata-rata turut gembira melihat layanan baik suami kepada isterinya, tidak hanya itu saja ada juga yang tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga selepas melihat rakaman sweet pasangan ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen