“Nak pikat suami, kena jadi BFF suami & tak terasa hati bila gurau senda.”

Oleh: Zuzu Yasmine

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri...” mana-mana pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga tentunya akan berdepan dengan salah faham dan juga pertengkaran kecil. Tapi yang menimbulkan rasa kebimbangan orang bujang adalah bagaimana nak kekalkan hubungan sama seperti saat bercinta dulu.


Kalau sebelum ini ada warganet yang bertanya bagaimana nak hubungan masih sama seperti bercinta walaupun sudah lama berumah tangga, kini ada perkongsian lain pula dari seseorang yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga.



Menerusi capaian Twitter Cik Atenn Azlan, beliau berkongsi beberapa tips yang sangat berguna buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

1. Kalau boleh terus terang

Jangan biarkan kata-kata menjadi luka dalam hati, lebih baik luahkan untuk elakkan melukai diri sendiri.



2. Jadi kawan baik buat suami

Sentiasa ada saat susah dan senang dengan pasangan, jadikan dia orang yang paling penting.


3. Jangan lupa untuk bergurau

Bergurau senda dalam rumah tangga, barulah hubungan makin erat.


4. Manja sikit-sikit dengan pasangan

Dah kahwin, jangan malu-malu nak manja dengan pasangan tapi jangan ter’over’ pulak.


5. Kawal rasa cemburu

Cemburu sikit-sikit itu dah cukup, jangan cemburu sangat sampai pasangan rimas.




6. Jangan malas nak berhias

Baik isteri atau suami, dua-dua perlu berhias barulah pasangan semangat nak tengok hari-hari.


7. Minta tolong tapi...

Jangan paksa-paksa tetapi minta tolong dengan elok dan lemah lembut, barulah pasangan cair lagi rela hati nak tolong.



Perkongsian ini telah mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata sangat bersetuju akan perkara tersebut, malah ada juga yang turut berpesan jangan letakkan harapan terlalu tinggi tetapi lebih baik nikmati saja alam rumah tangga.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen