Masjid dan surau di wilayah persekutuan disaran adakan solat hajat

Oleh: Zuzu Yasmine

Penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan rakyat Malaysia, tiada penuruan tetapi penambahan kes setiap hari hampir cecah empat angka.




Menurut laporan Bernama, semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran melaksanakan solat hajat selepas solat Maghrib selama tiga hari berturut-turut mulai hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Mohd Ajib Ismail berkata solat sunat hajat yang disaran diadakan pada 7, 8 dan 9 Okt itu bertujuan memohon dilindungi dan dihindari daripada penularan wabak COVID-19.

“Marilah kita semua terus berdoa dan bermunajat agar Allah SWT sentiasa melindungi negara Malaysia tercinta daripada wabak merbahaya ini, mengurniakan kesembuhan bagi semua yang telah dijangkiti serta mempermudahkan urusan semua pihak bagi mendepani ujian ini,” katanya.

Orang ramai sentiasa diingatkan untuk mengamalkan 3W yang merujuk kepada saranan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (Wear) dan amaran (Warn) yang lebih berkonsep peringatan seperti elakkan bersalaman dan lain-lain lagi.

Manakala 3S pula bermaksud elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak bersembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen