Masih belum dikurniakan anak, suami percaya Baby Tora akan jadi ibu hebat suatu hari nanti

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga tentunya mengimpikan cahaya mata sebagai penyeri hubungan suami isteri. Ada orang dapat anak pada usia perkahwinan masih lagi baru, tapi ada juga yang bertahun-tahun tunggu barulah rezeki itu tiba.


Tapi bila orang sekeliling mula tanya bila nak dapat anak ini tentu sedikit sebanyak akan terasa di hati. Tapi itulah, siapa kita yang berhak menentukan segalanya.

 



Masih belum ada rezeki


Sebagai suami isteri tentunya sangat menyokong antara satu sama lain, malah tidak akan saling menuding jika masih belum dikurniakan zuriat lagi. Sama seperti pasangan ini, Atierah Zulfatie dan suami Apit Johari. Rezeki anak ini masih belum menyebelahi mereka lagi.



Berfikiran positif


Tersentuh dengan perkongsian suami Baby Tora di akaun Instagram, dia tahu bahawa isterinya itu akan menjadi seorang ibu yang baik apabila mereka mempunyai anak kelak selepas melihat cara isterinya melayani anak kecil rakannya.

Dia dan isteri percaya bahawa rezeki anak ini masih belum memihak mereka lagi. Malah, sangat positif Apit ini apabila akan sentiasa menyokong isteri dalam apa jua keadaan.

“Selalu membayangkan isteriku akan menjadi ibu yang terhebat untuk anakku nanti. Melihat cara dia melayan adik-adik ,melihat dia baik denagn orang tua, Tuhan pasti akan memberikan satu hari nanti . mungkin bukan rezeki kami lagi Yang penting aku bahagia denagn dia. Doakan kami ya. Apapun jadi aku akan ada di belakang isteriku,” tulisnya.

 




Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Mac pada tahun lalu.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen