Jodoh itu rahsia Allah, baru sehari kenal lelaki ini terus melamar ajak kahwin

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang ada orang yang sudah bercinta bertahun-tahun tapi masih juga belum nampak usaha nak halalkan hubungan, tapi ada pula yang baru beberapa minggu kenal terus ajak kahwin. Lain betul rasanya bila seorang lelaki tunjukkan usaha nak halalkan hubungan ni.



Tapi itulah bila sudah jodoh ni, memang segala perkara dipermudahkan. Memilih untuk segera berkahwin dan bercinta selepas nikah ini memang sesuatu yang sangat sweet.

Sehari kenal terus ajak kahwin!

Dikongsi melalui TikTok, Mk.e_ berkongsi kisahnya yang dia diajak berkahwin selepas sehari saling berbalas mesej di WhatsApp. Lamaran itu telah dilakukan oleh lelaki yang sama tempat kerja dengannya. Dia yang mula-mula ingatkan ajakkan tersebut hanya satu gurauan.

Berani mulakan langkah

Walaupun pasangannya itu beza sembilan tahun dengannya, wanita ini dengan berani memulakan langkah untuk meminta nombor telefon lelaki terbabit untuk berkenalan. Selepas dilamaran oleh si dia, tapi mereka tidak berkahwin pada ketika itu namun, bertunang dulu kemudian baru diijabkabulkan pada Julai lalu.



Rakaman ini mendapat perhatian warganet yang rata-rata cemburu dengan usaha lelaki itu kepada dirinya, malah ada juga yang berkongsi bahawa dia dan pasangan telah lama bercinta tapi masih belum terima sebarang ajakkan kahwin.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen