Nur Fatima Aisya nama pilihan puteri sulung Fattah Amin dan Fazura

Oleh: Zuzu Yasmine

Antara bayi yang sangat ditunggu oleh semua warganet tentunya dari dua selebriti kesayangan ramai ini, Fattah Amin dan juga isterinya Fazura. Selepas seminggu melahirkan puteri sulung mereka, pasangan ini mendedahkan nama bayi mereka di Instagram Fattzuralovelife.



Dilahirkan pada Jumaat 2 Oktober lalu, pasangan suami isteri ini memilih nama Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah buat puteri sulung mereka.


Menerusi rakaman video yang dikongsi, Fatima kelihatan sedang lena dalam dakapan ibunya Fazura serta kelihatan begitu comel dan sihat. Malah, pasangan ini juga berkongsi bahawa anak mereka masih terlalu muda untuk didedahkan kepada media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Fatima menjadi anak yang solehah kelak dan membesar dengan sihat. Bahkan ada yang memuji pasangan suami isteri kerana memilih nama yang sangat cantik.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen