Sambut hari lahir anak bersama-sama, moment terakhir Kapten TLDM sebelum meninggal dunia

Oleh: Zuzu Yasmine

Dirempuh dengan kereta yang hilang kawalan menyebabkan Mohd. Rizal Buseri, 31, maut apabila terlibat dalam kemalangan yang membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi, semalam.


Berdasarkan rakaman video yang tular, kereta berkenaan hilang kawalan dan melambung sebelum merempuh kereta lain hingga terbalik.



Meninggal di tempat kejadian

Menurut laporan Kosmo, mangsa yang dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta yang dipandu terbalik dan mangsa tersepit di bahagian pemandu.

“Setibanya di lokasi kejadian, mendapati Honda Accord dipandu si mati dalam keadaan terbalik dan mangsa tersepit di bahagian pemandu.

“Mangsa dikeluarkan dalam masa dua minit dengan menggunakan peralatan khas,” kata Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd. Rahman.

Tinggalkan anak masih kecil

Turut bersimpati, mangsa yang juga merupakan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meninggal di tempat kejadian dan telah meninggalkan seorang isteri serta tiga orang anak yang masih lagi kecil.


Menurut kakak ipar mangsa dikenali sebagai Farhana Amir berkata Mohd Rizal baru saja menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya malah dikatakan lebih banyak mendiamkan diri.

“Sejak semalam (kelmarin) dia kerap berdiam diri. Malam tadi, dia menyambut hari lahir anak sulungnya.

“Dia (mangsa) ada tiga anak berusia lima, dua tahun dan lapan bulan,” katanya.

Jenazah Mohd. Rizal yang bertugas di pangkalan TLDM KD Sultan Ismail, Pengerang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tenggara, Kulai selepas solat Asar mengikut istiadat ketenteraan.

Diharapkan isteri dan keluarga mangsa terus tabah hadapi dugaan ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen