Penat tunggu Anwar di depan Istana, YDP Agong sediakan sarapan kepada wartawan

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, dijangka mengadap Yang Di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berikutan kemelut politik yang belaku ketika ini.


Beberapa pengamal media sudah mula berkumpul di depan pintu Istana untuk mendapat perkembangan terkini berkenaan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

Berdasarkan laporan Bernama sebentar tadi, pihak Istana Negara menyampaikan makanan kepada pihak media yang menantikan kehadiran Ketua Pembangkang itu.


Dikesempatan itu, pihak Istana Negara juga mengingatkan para media untuk tetap menjaga penjarakan sebagai usaha membendung penularan wabak Covid-19.


Anwar Ibrahim sebelum ini mendakwa dalam satu sidang media bahawa beliau memiliki majoriti sokongan ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan sekarang yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yasiin.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen