Mira Filzah dedah Opah gubah sendiri dulang hantaran pernikahan Emiramirah

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih terbayang-bayang keindahan majlis perkahwinan Mira Filzah dan juga suaminya Wan Emir Astar bulan lalu. Pilihan tema dan busana perkahwinan tentunya masih lagi menjadi perbualan di kalangan warganet.


Pasangan yang sama padan ini sememangnya menarik perhatian ramai, dari detik perkenalan, pernikahan serta majlis resepsi mereka. Lebih uniknya, pelakon cantik manis ini mengambil cara yang lain bila mana beliau memilih untuk menyembunyikan majlis merisik dan pertunangannya.

Menariknya baru-baru ini, Mira Filzah ada memuat naik beberapa foto hantaran yang diberikan kepada suaminya. Terlihat sangat cantik, rupa-rupanya barang hantaran tersebut telah digubah oleh Opahnya yang berusia 81 tahun iaitu Yun Abdul Rahman.

Sekali imbas, segala hantaran itu seolah-olah bunga namun sebenarnya ia merupakan manisan yang dibuat penuh kasih sayang untuk cucu tercinta.

Menurut Mira Filzah, Opah sebenarnya telah bersara dari bidang berkenaan, namun masih berusaha untuk membuat kek sebagai barang hantaran buat cucunya Mira dan Wan Emir.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen