Syifa Melvin nasihat perempuan jangan kerap periksa 'handphone' pasangan, takut nanti lelaki menyampah

Oleh: Zuzu Yasmine

Sering menjadi perdebatan antara kekasih mahupun suami isteri mengenai berkongsi password dan isi kandungan handphone pasangan. Kalau orang perempuan selalunya bersetuju untuk berkongsi sebagai tanda setia, manakala lelaki pula sebaliknya kerana tidak mahu privacy dicerobohi.


Berlainan pula dengan pelakon cantik manis Syifa Melvin ini. Baru-baru ini, beliau menerima pertanyaan daripada peminatnya yang meminta pandangan mengenai kehidupan privasi dalam sebuah hubungan di ruang Ask Me Question di Instastory miliknya.

“Lepas kahwin patut open minded bagi pasangan tengok handphone masing-masing atau privacy is better?”

Menurut beliau, tidak salah untuk ambil tahu tentang privasi pasangan tapi letakkan had supaya tidak timbul isu kepercayaan.

“Open minded tak salah tapi janganlah sampai ada trust issue. Kita kena hormat privasi masing-masing. Tahu password tak apa tapi sekadar tahu sebagai rujuan bila kecemasan.

“Nak periksa selalu itu Syifa rasa macam tak ok kot sebab kalau kita menghormati privasi pasangan kita, mereka akan lebih senang dengan kita,” jelasnya.

Tambahnya, kalau rasa tidak puas hati adalah lebih elok bertanya secara terus berbanding periksa handphone yang akan keruhkan hubungan.

“Kalau kita selalu periksa itu takut mereka buat diam-diam sebab sampai benda itu pun nak kawal. Kalau tak puas hati apa tanya jangan sampai cari sendiri dalam telefon,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa dia lebih memilih untuk tidak ambil tahu kerana tidak mahu mengganggu emosinya.

“Syifa lebih rela tak tahu dari tahu... sebab kesihatan mental saya nombor satu. Kalau kita buka telefon dia tapi tak ada apa pun tapi kita masih tak puas hati.

“Sebenarnya memang tak ada pun kita saja syak wasangka, lepas itu sebenarnya apa yang kita nak kita pun tak tahu lepas itu pasangan menyampah dengan kita. Tak baguslah,” jelasnya.

Beliau yang sedang hangat dikatakan mempunyai hubungan istimewa bersama bekas permain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) Safawi Rasid, baru-baru ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen