Hari demi hari, tentu ramai yang perasan akan perubahan yang lebih baik dari segi penampilan pengacara kesayangan ramai, Neelofa. Kalau sebelum ini beliau mula berstokin tapi lain pula kali ini satu perubahan yang sangat mengejutkan peminatnya.
Neelofa mula berniqab
Sejuk mata memandang apabila beliau memuat naik beberapa keping foto yang lengkap mengenakan pakaian yang sopan dan niqab berona putih.
Beliau yang mengakui mula mengenakan niqab, meminta doa peminatnya agar terus istiqomah akan perubahan yang dilakukan ini dan seterusnya berharap terus memperbaiki diri ke arah kebaikan.
Ibu peluk penuh syukur
Perkara ini juga dikongsikan oleh ibunya Noor Kartini di akaun Instagram miliknya. Menurut rakaman tersebut, ibunya memeluk Neelofa dengan penuh erat selepas mengetahui penghijrahan yang telah dilakukan oleh anaknya itu.
Dalam ruangan caption, ibunya terasa kagum dengan perubahan tersebut malah mensyukuri akan perubahan yang dilakukan oleh anaknya itu.
“MashaAllah mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dgn karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku...”
Perubahan yang dilakukan itu juga bukan hanya mendapat perhatian peminatnya tetapi juga rakan-rakan artis yang turut gembira melihat perubahan beliau. Semoga Neelofa terus istiqomah atas perubahan yang dilakukannya malah menjadi inspirasi buat ramai orang.
Tinggalkan Komen