Bertemu dan berpisah itu adalah lumrah kehidupan, tapi siapa sangka selepas berpisah bertemu kembali mengikat kasih sebagai suami isteri. Betul orang kata, kita hanya mampu merancang tetapi Allah menentukan segalanya.
First love
Menerusi capaian Twitter, wanita yang dikenali sebagai Hanna Shuaib berkongsi kisah mengenai dirinya yang berkahwin dengan cinta pertamanya yang juga bekas kekasihnya. Dah jodoh, terpisah lama mana pun tentu akan kembali bersama semula.
Berpisah dan bertemu semula
Dia dan suaminya itu pernah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2009, namun terpisah pada 2011. Setelah membawa haluan masing-masing, mereka dipertemukan semula pada tahun 2015 dan kembali mengenali hati budi semula. Mulakan hubungan baru tanpa mengungkit kisah lalu, siapa sangka kini mereka telah bergelar pasangan suami isteri.
Perkongsian ini mendapat perhatian dari warganet yang turut percaya bahawa semuanya telah dirancang rapi oleh Allah, sebagai hamba hanya perlu yakin saja. Bukan itu saja, perkongsian ini mendapat perhatian mereka-mereka yang single.
Tinggalkan Komen