Tahu kelemahan, jangan tinggalkan tapi ubah supaya lebih baik

Oleh: Zuzu Yasmine

Dapat pasangan yang pandai jaga penampilan ini memang satu yang patut disyukuri. Mana tidaknya, tak semua orang mampu bergaya dan rajin menjaga penampilan ni. Nak-nak lagi kalau dah lama sangat bercinta, dah selesa sangat sampaikan nak bersiap pun malas.


Tapi bila bab-bab penampilan ni, orang perempuan lebih cerewet biasanya. Nak pasangan yang jaga penampilan dan bergaya barulah buat mereka teruja nak bergaya dan jaga penampilan juga. Eh! Tapi lelaki pun nakkan perempuan yang pandai bergaya juga.

Tapi macam mana kalau pasangan tak pandai bergaya? Bukan semua orang tahu bergaya sesuai dengan diri mereka ini. Boleh jadi juga mereka tak yakin dengan gaya yang mereka pilih.

Menariknya menerusi capaian Twitter, Sitijamil menyatakan bahawa apabila mendapat pasangan yang tidak tahu bergaya, kita sebenarnya mampu mengubah mereka. Malah, gadis ini juga berpesan agar tidak meninggalkan pasangan hanya kerana dia tidak tahu bergaya saja.

Dia yang juga berkongsi pengalaman yang pasangannya juga tidak tahu bergaya sebelum ini, namun kerana usahanya yang mahu mengubah pasangannya itu membuatkan siapa pasangannya sekarang ini. Kalau dah sayang kenalah sama-sama berusaha.

“I yang ubah dia sikit-sikit supaya lebih kemas. Selalu shopping pakaian sama-sama pilih,” katanya.

Perkara ini mendapat perhatian warganet yang turut berkongsi kisah yang sama dengan pasangan mereka, iaitu ubah pasangan hingga tahu bergaya tapi ada juga yang berkongsi kisah sedih di mana pasangan mereka tidak mahu mengubah penampilan kerana selesa dengan gayanya sendiri.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen