Ujian bertunang 'is real' lelaki kongsi kisah diduakan tunang ketika berjauhan

Oleh: Zuzu Yasmine

Ujian bertunang ini betul-betul menduga setiap pasangan. Masa inilah bekas kekasih datang semula, tiba-tiba ada yang beri layanan lebih baik dari tunang sendiri malah ada juga yang alami kesempitan kewangan. Makin lama pertunangan terjalin, makin banyak dugaan terpaksa dilalui.


Itulah yang dilalui oleh Zuhaily ini apabila tiba-tiba tunangnya memutuskan tali pertunangan. Bukan hanya itu, tunangnya juga sempat memburuk-burukkan dirinya pada orang sekeliling yang sedikit sebanyak mencalarkan maruahnya.

Long distance relationship

Kerana sayangkan hubungannya, dia sanggup berulang alik dari Melaka ke Kedah hanya untuk jernihkan hubungan mereka tetapi usahanya itu hanya sia-sia apabila pasangannya itu tidak mengendahkannya. Tidak hanya itu saja, dia kecewa apabila cincin sebagai tanda hubungan mereka telah dijual oleh pasangannya itu.

Rupa-rupanya...

Lebih mengecewakan Zuhaily ini apabila kekasih hatinya itu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain di belakangnya. Malah lebih menyedihkan lagi apabila dia dan kekasih barunya itu siap pergi bercuti bersama.



Harap pulangkan cincin dan mohon maaf

Walaupun cuba terima dengan hati yang terbuka, pemuda ini masih mengharapkan pemohonan maaf gadis itu kepada keluarganya malah memulangkan semula cincin pertunangan mereka, namun perkara itu tidak dipedulikan malah bekas tunangnya itu hanya sibuk menunjuk saat bahagia bersama kekasih barunya.



Zuhaily menjelaskan bahawa dia berkongsi kisah ini bukan niat untuk mengabikan bekas tunangnya itu, tetapi hanya untuk membela dirinya yang selepas dimalukan sedemikian rupa.

Dikongsikan di laman Twitter, bebenang ini mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki ini. Malah, ada juga yang menyatakan bahawa hubungan jarak jauh ini agak sukar untuk bertahan kalau tidak mendapat kerjasama yang baik dari kedua-dua pihak.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen