Putus tunang tanpa sebab, peguam jelaskan pasangan boleh tuntut ganti rugi

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini kecoh akan lelaki yang diduakan oleh tunang sendiri saat berjauhan. Bukan untuk mengabikan sesiapa, lelaki ini dikatakan hanya mahu segala hantaran tunang yang diserahkan dulu dan pemohonan maaf dilakukan dari pihak perempuan kepada keluarga lelaki tersebut.


Isu ini menjadi perbualan warganet yang rata-rata bersimpati akan lelaki tersebut, walaupun ada plot twist disebalik kejadian itu, tetapi ada pengajaran yang boleh diambil akan kisah yang berlaku.



Dikesempatan itu, Muhammad Syarafi, seorang peguam syarie turut memberi penjelasan sedikit mengenai situasi ini di mana pihak yang terbabit boleh mengambil tindakan undang-udang atas kerugian yang ditanggung.

Mohon ganti rugi di mahkamah

Menurutnya, jika memutuskan ikatan yang sudah dijanjikan pihak yang mengalami kerugian seperti hantaran pertunangan atau wang yang telah dibelanjakan boleh bawa kes tersebut ke mahkamah dengan pemohonan ganti rugi.

Ada syaratnya bukan boleh suka-suka

Namun begitu, ada syarat yang diletakkan untuk menuntut segala ganti rugi yang dialami iaitu pastikan mempunyai sejarah pembelian seperti resit dan lain-lain.

Kalau dimalukan lain pula caranya

Kongsinya lagi, tuntutan ini hanya boleh dilakukan apabila berlaku kerugian perbelanjaan sahaja tetapi jika dimalukan atau diabikan ada cara lain pula untuk lakukan tuntutan itu.

Contoh kerugian boleh dituntut

Beliau juga berkongsi beberapa perkara yang boleh dituntut oleh pihak yang mengalami kerugian tersebut.

Namun begitu, jika perkara tersebut boleh diselesaikan secara baik, adalah lebih elok kalau diselesaikan di luar mahkamah. Boleh jadi perpisahan itu berlaku untuk temukan anda dengan seseorang yang lebih baik dari sekarang.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen