"Lebih fokus pada diri sendiri sebab utama kenapa janda makin cantik..." - Dr. Erin

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan dipinta untuk memegang status janda tapi mungkin itu yang terbaik. Bila bergelar saja janda ni, tentunya akan mendapat pandangan serong dari orang sekeliling. Nak-nak lagi bila bercakap dengan lelaki, mulalah akan kedengaran kata-kata yang tidak enak.



Janda cantikan diri bukan kerana lelaki

Baru-baru ini, bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan iaitu Dr Erin berkongsi rasa apa yang dia alami. Dia yang bersetuju bahawa wanita akan bertambah cantik apabila bergelar janda.

Menurut Dr Erin, janda mencantikan diri bukan kerana ingin pikat lelaki tetapi mereka lebih fokus uruskan diri sendiri berbanding saat bersama suami.

Fokus pada keluarga

Ibu kepada lapan cahaya mata ini juga menjelaskan bahawa bergelar mereka berstatus isteri orang ini, wanita akan lebih tumpukan kepada keluarga berbanding penampilan diri itu yang membuatkan penampilan semakin tidak terurus.




Sedikit pesanan

Dikesempatan itu, dia juga berpesan kepada suami-suami di luar sana untuk menjaga isteri dengan baik barulah isteri akan semakin cantik walaupun umur semakin meningkat usia. Tidak hanya suami, dia juga berpesan kepada isteri-isteri agar jaga penampilan untuk suami dan jangan terlalu tergugat akan wanita bernama janda.

Tambahnya, memang sifat semulajadi lelaki yang sukakan kecantikan walaupun sekuat mana imannnya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen