"Kalau PKP sekali lagi, aku kahwin!" - Lelaki ini tunai janji pinang gadis pilihan jadikan isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini, ramai yang masih single dan rasa kesunyian kerana terpaksa jalani Printah Kawalan Pergerakan (PKP) bersendirian selama beberapa bulan. Pada ketika itu juga, boleh lihat rata-rata mereka yang single menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga jika PKP dilaksanakan sekali lagi.


Nak kahwin kalau umum PKP lagi

Menariknya baru-baru ini sebelum diumukan PKPB, seorang lelaki berkongsi saat manisnya bila disatukan dengan kekasih hatinya. Yang menjadi perhatian ramai, lelaki ini pernah memuat naik satu status yang dia akan mendirikan rumah tangga jika diumumkan PKP lagi sekali.



Klasik dan ayu

Kelihatan anggun dengan busana pengantin berwarna hitam, jejaka yang mahu dikenali sebagai Muqrie dan pasangannya Farha telah memilih tema berunsurkan tropikal dihiasi dengan daun kering dan juga kerusi rotan.

Segak seperti pahlawan Melayu, Muqrie lengkap berbaju melayu serta dihasi tanjak dan keris, manakala pasangannya pula manis di dalam kurung pahang yang disertakan sulaman keemasan, dihasi sanggul dan bunga tangan.

Gambar outdoor wow!

Walaupun memilih busana berwarna gelap yang jarang dipilih pengantin lain, tetapi gambar outdoor pasangan ini memang lebih berseri dan menojol.



Gambar pasangan ini mendapat perhatian ramai yang memuji pilihan warna baju yang menimbulkan unsur warna klasik, tak hanya itu ramai juga yang mengucapkan tahniah akan pasangan ini. Selamat pengantin baru!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen