Teruskan rawatan IVF, Siti Elizad mohon doa semoga dipermudahkan dapat cahaya mata

Oleh: Zuzu Yasmine

Bersyukur kalau baru kahwin sudah dikurniakan anak ni. Tapi tidak semua orang bernasib baik seperti itu, ada yang tunggu bertahun malah ada juga yang lakukan pelbagai usaha untuk memiliki penyeri rumah tangga itu.


Tentunya ramai yang sudah tahu bahawa Siti Elizad Sharifuddin sedang menjalani rawatan ujian persenyawaan in vitro (IVF). Malah, pelakon dan penyampai radio ini juga kerap berkongsi perjalanan proses rawatan tersebut.

Kalau sebelum ini beliau ada kongsi suaminya Shamsul Bahari Rahman belajar cara memberi suntikan yang perlu dilakukan sendiri di rumah. Baru-baru ini beliau berkongsi pula gambarnya di atas katil dan lengkap dengan pakaian hospital.

Katanya, dia telah berpuasa dari malam sebelumnya bagi meneruskan proses selain perlu mendapatkan rehat yang cukup sebelum rawatan dilakukan.

Nebesss kemain dengan rasa lapar puasa dari malam tadi. Harap-harap “telor” keluar semua yang baik-baik dan cantik-cantik. Moga dipermudahkan...”

Beliau juga meminta doa ramai agar segala urusannya berjalan dengan lancar.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian dari peminatnya, rata-rata mereka mendoakan agar dipermudahkan urusan dan juga berharap rawatan tersebut berjaya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen