Mula-mula minta tolong carikan pasangan, tak sangka kini dia yang jadi suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh ni datang dari pelbagai cara. Asalkan berani mengambil langkah tentunya dari sekadar rakan boleh jadi pasangan suami isteri. Siapa sangka rakan anda itu adalah jodoh yang dicari-cari selama ini.


Macam gadis ini yang mahu dikenali sebagai Dinie, dia yang tidak sangka rakannya itu merupakan pasangan hidup yang dia ditunggu-tunggu selama ini. Malah kini telah bergelar suami isteri yang sah.

Mula-mula bergurau je

Mengimbau kembali kenangan lalu, dia berkongsi gambar perbualan dengan suaminya saat sebelum berkahwin. Mulanya dia berseloroh minta rakannya untuk carikan pasangan hidup untuknya, tapi sangka tiba-tiba rakannya itu yang mengajaknya untuk mendirikan rumah tangga.




Terus nak masuk minang...

Ingatkan sekadar gurauan, rupanya rakannya begitu serius hingga ingin segera masuk meminang. Namun, dia masih sempat berseloroh agar bertenang terlebih dahulu. Siapa sangka dari permulaan itu hingga membawa hasil hingga ke jinjang pelamin.



Perkongsian ini telah mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata teruja kerana begitu mudah pasangan ini bertemu jodoh, malah turut mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen