"Pentingkan diri dan tak percaya doktor..." - Ibu ayah anti vaksin punca bayi lemas dalam kandungan

Oleh: Zuzu Yasmine

Sentiasa menjadi perdebatan mengenai pengambilan vaksin ini. Nak-nak lagi golongan anti vaksin ini sentiasa momokkan perkara-perkara yang menakutkan bagi mengelakkan masyarakat mengambil vaksin sebagai salah satu altenatif dalam bidang perubatan. Walaupun saling berbalas hujah dengan pakar perubatan tetapi golongan anti vaksin ini tidak pernah kenal erti putus asa.


Banyak kes yang telah berlaku berkenaan mereka yang menolak vaksin ini, malah baru-baru ini juga seorang lelaki berkongsi rasa terkilan apabila melibatkan kematian bayi yang mana ibu bapanya adalah anti vaksin.

Tolak segala jenis rawatan sejak awal

Menurut Mohd Mansor, ibu bapa kepada bayi malang ini telah menolak segala jenis ubatan dan rawatan sejak awal kehamilan lagi. Bukan hanya itu, segala pemeriksaan yang dijadualkan semuanya dibuat tak endah ikut kepala mereka. Pihak klinik terpaksa menghormati keputusan mereka walaupun tahu akan kesan yang kemungkinan berlaku.

Menambah kebimbangan, ibu kepada bayi ini mengalami masalah kurang darah. Malah, doktor menawarkan pelbagai cara untuk memastikan anak dan juga ibu dalam keadaan stabil namun ditolak mentah-mentah oleh si bapa.


Dah saat akhir pun masih pentingkan diri

Sayunya saat tiba kelahiran bayi ini, bapanya menolak segala jenis rawatan untuk selamatkan bayi mereka yang hampir lemas kerana lambat pergi ke hospital. Bayi semakin lemas di dalam kandungan tetapi si ayah tetap berkeras dengan pendiriannya.

Bila sudah saat genting, barulah ayahnya terima rawatan yang sepatutnya namun itu semua sudah terlambat apabila bayi malang yang sihat dan cukup sifat itu telah kehilangan nyawanya.

Perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai yang mengambil pengajaran dari kisah tersebut. Tidak hanya itu saja, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati akan tindakan ibu bapa bayi malang tersebut.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen