Berjodoh Dengan BFF? Baik atau sebaliknya?

Oleh: Siti Nur Ain

Jodoh merupakan rahsia Tuhan sehingga kita tidak tahu siapakah jodoh kita. Mungkin dengan mereka yang langsung tidak dikenali atau juga mungkin dengan sahabat karib sendiri. Andai jodoh bersama dengan rakan karib, adakah kita semakin bahagia atau sebaliknya?

Oleh itu, di sini kami menyatakan pro dan kontra jika kita berjodoh dengan sahabat sendiri.

1. Mengetahui perangai masing-masing

Pasangan yang berkahwin dengan insan baru dikenali dan pasangan yang kahwin dengan mereka kenali setelah sekian lama pasti agak berbeza. Tidak dinafikan bahawa mereka telah sedia maklum dengan perangai masing-masing sehingga membolehkan interaksi antara pasangan tidak menjadi kekok. Malah pasangan ini menjadi semakin 'sweet' kerana mereka telah sentiasa bersama sebelum akhirnya disatukan sebagai suami isteri.

2. Mudah bekerjasama

Tiada rasa canggung membolehkan mereka membuat perancangan di dalam keluarga menjadi lebih baik dan dilakukan secara terperinci. Suami dan isteri tidak segan untuk memberikan pandangan atau cadangan jika ada di antara mereka yang tidak bersetuju. Membolehkan suami isteri menjadi lebih akur dan harmoni antara satu sama lain.

3. Merasa tidak selesa kerana bertukar situasi

 

Dari pertemanan kepada pasangan sudah tentu sedikit sebanyak akan menimbulkan rasa kurang selesa dari segelintir yang berkahwin dengan rakan karib. Perasaan tidak percaya bahawa mereka telah berkahwin akan sentiasa bermain di fikiran sehingga menimbulkan rasa kurang senang. Malah tidak mustahil hubungan pasangan akan menjadi sedikit renggang berbanding ketika sebelum berkahwin.

4. Mudah kurang rasa hormat antara satu sama lain

Pasangan akan mudah terbawa-bawa dengan sikap sebelum berkahwin kerana perkara ini sudah menjadi kebiasaan sehingga sukar untuk diubah. Hal ini membuatkan pasangan boleh berkecil hati seterusnya menjadi pergaduhan. Juga menimbulkan salah faham di pandangan orang luar.

Kesimpulannya, setiap perkara mestilah mempunyai pro dan kontra. Hanya kita sahaja yang perlu pandai mengawalnya.  

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen