"Wanita pakai purdah atau niqab disarankan pakai pelitup muka..." - KKM

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun purdah serta niqab sudah menutupi hidung dan mulut, tapi lapisan itu tidak mencukupi bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19.


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan wanita yang memakai purdah agar turut memakai pelitup muka kerana penggunaan purdah satu lapis adalah tidak cukup untuk membendung penularan COVID-19.

“WHO menyarankan penggunaan penutup muka tiga lapisan. Jadi kita kena ikut syor WHO dengan pastikan ada tiga lapisan.

“Kalau satu lapisan tak cukup. Kalau pemakaian purdah hanya satu lapisan, tak cukup. Jadi kita syorkan mereka yang memakai purdah, dalam tu boleh pakai pelitup muka sama ada fabrik atau tiga lapisan,” katanya.

Katanya lagi, terdapat dua jenis penutup muka yang boleh digunapakai untuk tujuan pencegahan iaitu penutup muka perubatan dan bukan perubatan.

“Penutup muka perubatan tiga lapis digunakan petugas kesihatan, orang awam yang bergejala saluran pernafasan, golongan berisiko tinggi seperti warga emas atau penyakit kronik.

“Walau bagaimanapun penggunaan penutup muka bukan perubatan disyorkan bagi mereka yang tidak bergejala namun berada di tempat awam,” jelasnya.

Justeru, beliau mencadangkan individu memakai purdah atau niqab untuk memakai pelitup muka perubatan atau fabrik tiga lapisan di sebalik purdah yang dipakai.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen