"Kluster Utama Telah Merebak Hingga Generasi Keenam di Selangor..." – KKM

Oleh: Zuzu Yasmine

Keadaan semakin membimbangkan di negeri Selangor apabila Kluster Utama kini telah berkembang sehingga generasi keenam iaitu kluster terbesar di negeri itu.


Menerusi Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seramai 206 individu telah disahkan positif manakala 51 pesakit telah sembuh dan dibenarkan discaj.

Sehubungan dengan itu seramai 882 individu telah disaring dengan 8 kes baru, menjadikan jumlah kes aktif kluster itu sebanyak 155 kes.

Menurut laporan, Selangor telah mencatatkan 137 kes baharu melibatkan 59 kes dari kluster-kluster sedia ada termasuk kluster baharu iaitu kluster jambu.

Manakala 55 kes dikesan dari saringan kontak rapat, 8 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi, 10 kes dari lain-lain saringan COVID-19, 4 kes import dari India dan 1 kes import dari Amerika Syarikat.

Kes sembuh bagi negeri Selangor sehingga diberitahu ialah sebanyak 109 kes.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen