Ketika sedang dalam proses mengenali seseorang tidak sampai seminggu, secara tiba-tiba dia telah melamar anda. Menyatakan hasrat ingin menjadi pasangan yang halal untuknya. Bagaimanakah reaksi anda? Menerimanya atau sebaliknya?
Dengan itu, di bawah ini terdapat langkah yang dapat membantu anda untuk memberikan jawapan. Sama ada meneruskan atau memutuskan.
1. Terima jika sudah sampai seru
Kita sedia maklum jodoh setiap manusia datang secara berlainan. Ada yang cepat, lambat malah ada yang tidak berasa indahnya alam perkahwinan. Begitu juga jika anda yakin bahawa jodoh anda telah sampai, malah anda juga telah memohon petunjuk. Maka kemungkinan jodoh anda hadir melalui pengenalan yang singkat.
2. Mengelak dari maksiat
Salah satu sebab perkahwinan adalah untuk mengelakkan diri daripada maksiat. Setiap manusia pasti mengetahui bahawa syaitan akan melakukan segala cara untuk menyesatkan kita. Terlebih lagi jika sudah timbulnya perasaan suka terhadap berlainan jantina. Jika tersilap langkah, ramai yang akan menderita atas perbuatan anda.
3. Tidak mengenal hati budi masing-masing
Sesetengah orang pasti berfikir untuk melanjutkan hubungan ke langkah seterusnya, pastilah penting untuk mengetahui hati budi masing-masing. Terlebih lagi ada perkataan, kita tidak akan mengenalinya secara keseluruhan walaupun telah bertahun bercinta. Inikan pula yang baru bercinta hanya dalam seminggu. Pasti timbulnya perasaan ragu di dalam diri.
4. Penerimaan keluarga berlainan
Sudah pasti menjadi igauan mimpi ngeri apabila mengetahui bahawa keluarga pasangan tidak menyukai kita. Terlebih lagi apabila keluarganya sudah mempunyai pilihan yang lain. Sudah pasti kita akan berasa takut dengan penerimaan dari keluarganya, terlebih lagi hanya dalam tempoh pengenalan singkat.
Oleh itu, setiap keputusan berada dalam tangan anda kerana andalah yang akan melalui alam perkahwinan tersebut. Dan jangan lupa untuk berdoa dan memohon petunjuk sebelum membuat keputusan.
Tinggalkan Komen