Berkenalan dengan seseorang adalah perkara yang menyeronokkan. Sepanjang tempoh perkenalan, kita dapat mengetahui kekurangan dan kelebihan seseorang.
Namun, persoalannya berapa lama tempoh proses perkenalan sebelum melangkah ke alam perkahwinan?
1. Takut rasa bosan
Apabila menjalinkan hubungan percintaan yang terlalu lama, wujudnya perasaan bosan. Kerana kedua-dua pihak seolah-olah telah mengenali antara satu sama lain dan tiada perkara yang istimewa di lakukan. Namun, jika anda mula berasa bosan ketika tempoh perkenalan bagaimana anda ingin bersama pasangan setelah berkahwin?
2. Risiko ada pihak ketiga
Tempoh perkenalan yang lama juga akan menyebabkan wujudnya pihak ketiga. Hal ini kerana, pasangan mula mencari seseorang untuk melepaskan rasa bosan dan ingin mengembalikan perasaan bercinta seperti waktu pertama kali. Kesetiaan menjadi kayu ukur kepada pasangan dalam melewati fasa berkenalan.
3. Perlu waktu untuk mengenali
Melangkah ke alam perkahwinan adalah sebuah pilihan yang menentukan masa depan. Dan semestinya pilihan tersebut tidak mudah. Mengambil masa untuk mengenali seseorang itu perlu agar keputusan yang dilakukan tidak menjadi sebuah penyesalan.
4. Stabilkan kewangan
Tempoh perkenalan yang agak lama merupakan proses kepada pasangan untuk mengukuhkan kewangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Melakukan persediaan itu perlu agar tidak menyusahkan ahli keluarga sekaligus, dapat menjadikan anda dan pasangan lebih berdikari.
Kesimpulannya, pilihlah pasangan anda yang sanggup susah dan senang bersama, walau berapa lama pun tempoh perkenalan kalian.
Tinggalkan Komen