"Kami belum terima bantuan makanan..." -Pakcik ini sanggup dayung sampan kejar bot polis marin

Oleh: Zuzu Yasmine

Penambahan kes Covid-19 setiap hari semakin membimbangkan, bukan sekadar keadaan kesihatan tetapi faktor ekonomi juga agak merunsingkan. Ada yang kehilangan kerja, dan ada juga yang perniagaan tidak mampu berjalan seperti biasa. Mereka yang sudah hidup susah semakin alami kesusahan untuk teruskan hidup.


Kes Covid-19 di Sabah semakin menakutkan semua orang, bukan hanya kepada penduduknya tetapi seluruh rakyat Malaysia. Walaupun pihak kerajaan telah melakukan beberapa langkah untuk membendung wabak penularan tersebut tetapi angka peningkatan masih membimbangkan.



Baru-baru ini, tular satu rakaman yang menyentuh hati semua pihak yang mana seorang lelaki sudah berusia terpaksa mengejar bot yang dinaiki sepasukan polis marin kerana ingin meminta bantuan makanan buat penduduk kampungnya.

Lelaki berusia kejar bot guna sampan

Menurut sumber, kejadian itu berlaku apabila bot peronda miliki mereka didatangi seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Ladja di perairan Kampung Holo, Semporna.

Tekad menghampiri bot peronda polis marin, Ladja memaklumkan bahawa kampungnya mempunyai 27 buah rumah yang telah kehabisan makanan.

“Itu Kampung Halo laut hujung, bahagian depan sudah dapat bantuan. Tapi kami tidak dapat bantuan, kami tiada makanan tuan sebab itu kami perlu turun ke laut.

“Kalau ada bantuan makanan diberikan oleh kerajaan kami tidak akan turun ke luat. Kami akan patuh dengan undang-undang,” katanya kepada polis bertugas.

Bantuan segera sampai dari pelbagai pihak

Tanpa melengahkan masa, pihak polis marin yang menyantuni lelaki itu segera mendapatkan bekalan makanan buat penduduk di sana. Turut dibantu pihak berwajib dan NGO dengan memberikan sumbangan berbentuk makanan harian.

“Pagi tadi dia beritahu kepada boat ronda polis marin dan memberitahu ada 27 buah rumah tercicir belum menerima bantuan bekalan makanan.

“Jadi sekarang kami hantarkan bantuan makanan, tolong semua beratur,” laung pihak yang menyampaikan bantuan.

Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka selepas menerima bantuan tersebut, malah di kesempatan itu juga Ladja sempat mengucapkan terima kasih dan syukur atas bantuan yang diberikan sambil tersenyum.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen