"Ala... I tertinggikan suara" - Manjanya Mira Filzah bila pujuk suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Tentunya peminat-peminat selebriti popular Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar sangat teruja melihat video pertama mereka di saluran Youtube #EmirAmirah.


Dihasilkan atas permintaan ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pasangan sejoli ini dalam melayari rumah tangga, rakaman video berdurasi hampir 10 minit itu mendapat sambutan dari para peminat.

Menerusi rakaman tersebut, boleh dilihat pelakon cantik manis itu lebih banyak bercakap berbanding suaminya yang agak pemalu dan kekok.

Malah, dalam rakaman tersebut, pasangan ini bermain cabaran ‘Knowing Each Other’ namun dengan tidak sengaja Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman telah meninggikan suara kepada suaminya.

Sedar akan keterlanjuran tersebut, Mira dengan segara berkata ‘ala... I tinggikan suara’ sebelum memujuk kembali suaminya dengan lembut dan manja.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya terhibur akan gelagat pasangan ini, malah ramai yang meminta video EmirAmirah dengan lebih banyak lagi. Video berkenaan mendapat hampir 482,635 tontonan sehingga ke hari ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen