Akad nikah dibenarkan di KL dan Putrajaya melalui temujanji bermula hari ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Berita gembira buat bakal pengantin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, jika sebelum ini terpaksa menunda majlis perkahwinan atau pernikahan, kini anda dibenarkan mengadakan majlis akad nikah bermula hari ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bagaimanapun kebenaran tersebut hanya boleh dilakukan di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).


Menerusi laman Twitter miliknya, pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

“Majlis ini hanya dibenarkan melalui temujanji dan penggiliran serta jumlah kehadiran tidak melebihi 10 orang.

“Bagaimanapun, Wilayah Persekutuan Labuan masih tidak dibenarkan mengadakan majlis ini kerana kebanyakan kawasan berada dalam Zon Merah,” katanya.

Jelasnya lagi, sebarang keraguan boleh terus rujuk kepada pihak JAWI.





Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen