"Nak Anak Sendiri, Tapi Kalau Dapat Anak Angkat Pun Kami Terima..." - Isteri Achey Sedia Jalani Rawatan IVF

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan suami isteri tentunya ingin memiliki zuriat mereka sendiri. Walaupun terpaksa lakukan pelbagai cara untuk memiliki anak itu, tentunya mereka sanggup asalkan dapat merasai detik kebahagiaan itu.


Sama seperti pasangan ini yang tak kenal erti putus asa dalam berusaha memiliki anak hasil dari darah daging mereka sendiri. Walaupun sudah mengambil anak angkat, tapi itu bukan bermakna pelawak, Achey dan isterinya, Nur Hasanah Yahya sudah menyerah.

Masih menyimpan impian yang sama sejak sembilan tahun lalu, pasangan suami isteri ini bercadang ingin menjalani rawatan kesuburan sebagai in-vitro (IVF) sebagai jalan terakhir.

Telah merancang hasrat itu sejak tahun lalu, namun masih belum tertunai berikutan kemungkinan terbabit dalam program komedi. Di samping dia ingin memastikan isterinya mendapat rehat dan penjagaan emosi yang cukup.

"Walaupun rawatan membabitkan isteri, tetapi saya perlu memastikan emosi isteri sentiasa stabil. Jika terlalu sibuk dengan kerjaya, saya bimbang tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepadanya.

"Selain itu, isteri perlu mendapatkan rehat mencukupi, lihatlah bagaimana Datuk Seri Siti Nurhaliza berehat cukup lama ketika mengandung anak sulungnya, Siti Aafiyah.

"Makan minum perlu dijaga. Apa yang penting, rehat dan emosi. Tambahan pula, anak kami, Nur Tiara Zinnirah, 2, sedang lasak. Saya bimbang isteri tak mampu mengawalnya seorang diri. Jadi, saya perlu sentiasa berada di sisi isteri ketika proses rawatan," katanya.

Dia juga tidak menolak sekiranya ada rezeki mengambil anak angkat lagi kerana kehadiran Nur Tiara amat bermakna buat pasangan suami isteri ini.

"Kami sudah bersedia mengambil anak angkat. Apa salahnya, ini kerana kehadiran Nur Tiara cukup bermakna dalam hidup kami.

"Ikutkan, isteri mahukan zuriat sendiri, tetapi apa yang nak diharapkan jika belum ada rezeki. Kami kena redha. Jika dapat anak angkat pun kami terima. Kalau boleh, kami mahu anak lelaki pula," katanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen