Nak majlis meriah tapi budjet sederhana? Ini tips kepada bakal pengantin

Majlis perkahwinan yang meriah sudah tentu menjadi pilihan para pengantin namun yang demikian, masalah bajet sering menjadi dilema. Oleh itu, kami menyediakan beberapa tips untuk anda menjimatkan kos majlis perkahwinan namun masih meriah.

 


1. Tetapkan bilangan tetamu


Apabila anda ingin melangsungkan majlis perkahwinan, perkara yang harus anda lakukan adalah menetapkan bilangan tetamu yang hadir. Hal ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos makanan, malah kos untuk kanopi dan meja juga dapat dihadkan.


2. Mengubah hantaran sendiri


Hantaran yang digubah sendiri bukan sahaja dapat memberikan kepuasan kepada pengantin malah perkara ini juga dapat menambah lagi nilai sentimental kepada diri. Yalah, bukan mudah ya untuk mengubah hantaran namun sekali anda lakukan, anda harus berbangga dengan diri anda!

 


3. Menyewa baju persandingan


Lebih baik menyewa baju persandingan daripada membeli baju baharu kerana kos untuk menempah/membeli baju baharu agak tinggi. Anda dapat melakukan penjimatan yang lebih banyak jika anda hanya menyewa baju tersebut dan sebahagian wang berbaki boleh digunakan untuk hal yang lain.

 


4. Majlis akad nikah dan persandingan sekali gus


Berkenaan dengan majlis akad nikah dan persandingan anda boleh melakukannya dalam masa sehari. Selain menjimatkan kos, anda juga dapat menjimatkan masa. Tidak perlu menunggu sehingga sehari, atau seminggu untuk melangsungkan majlis persandingan.


5. Elakkan hantaran terlalu tinggi


Perkara ini perlu dibincangkan bersama antara kedua belah pihak agar dapat persetujuan sebulat suara. Namun, hantaran yang terlalu tinggi selalunya menjadi dilema kepada bakal para pengantin. Seelok-eloknya adalah menetapkan hantaran yang sesuai dengan kemampuan bakal pengantin kerana memudahkan urusan yang baik adalah dituntut dalam agama.

Kesimpulannya, para pengantin haruslah berfikiran lebih jauh dalam membuat keputusan kerana cabaran selepas berkahwin lebih mencabar pasangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen