"Bila isteri ajak berbincang, cepat selesaikan. Bimbang isteri berubah hati..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Hati seorang wanita ini lembut saja sebenarnya, tapi mampu berubah menjadi yang paling keras sekali bila suami tidak dihargai dan diendahkan. Jangan main-main dengan tekad seorang wanita ini, bila dia mahu dia boleh berjuang habis-habisan tapi bila dia tak nak satu habuk pun dia tak pandang.

Sebab itulah didikan dan perbincangan dari suami itu tersangatlah penting. Kalau dibiarkan saja isteri begitu saja, segalanya akan ikut rentak suami malah bertindak mengikut emosi.


Seperti yang dikongsi oleh peguam syarie, Nurul Izzah Zainol ini, suami jangan tak ambil peduli dengan perkara remah yang isteri katakan, lebih teruk kalau abaikan isteri bila ajak berbincang. Takut menyesal tak berguna apabila isteri mula ambil keputusan sendiri.



Suami jangan abaikan bila isteri ajak berbincang

Dalam perkongsiannya, beliau menyatakan bahawa jika seorang isteri mengajak suami untuk berbincang hal rumah tangga, jangan sesekali abaikan dan anggap perkara itu tiada apa. Ini kerana, bila isteri kata sedemikian maka masalah rumah tangga sudah berada dalam tahap yang serius.

Menurutnya, bila isteri ajak berbincang jangan bertangguh-tangguh, bimbang sekiranya dia membuat keputusan yang tidak disangka-sangka walaupun dia masih memberi layanan yang baik kepada suami. Itu semua kerana dia masih faham akan tugasnya namun hati dan perasaanya sudah terluka.



Bila isteri dah tekad semuanya dah tak berguna

Jelasnya, tidak mudah bagi seorang isteri untuk bercerai dengan suaminya, tapi apabila rasa tekad itu sudah ada kerana berpunca dari sikap suami itu yang membuatkan isteri tidak akan toleh belakang lagi. Sebab itu bila isteri ajak bincang, luangkan masa untuknya.



Menyesal tak sudah

Mungkin ramai yang ingat bahawa talak ini terletak pada tangan suami, tetapi apabila isteri sudah tekad seribu macam cara akan dilakukan untuk hidup bebas. Masa itu, jangan baru mula nak berbincang dan menyesal perkara yang lalu.



Mana-mana isteri tentunya ingin berjuang pertahankan rumah tangga yang dibina, tapi jika hanya dia yang cuba betulkan semua keadaan manakala suaminya pula sebaliknya tentu meletihkan bagi dirinya. Jadi sebagai suami, jika ada peluang untuk perbaiki hubungan cuba perbaiki jangan biarkan isteri buat keputusan ikutkan hati.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen