"Saya korbankan kecantikan dunia iaitu perkara yang saya suka..." - Neelofa

Selepas mengetahui ganjaran yang bakal diperolehi dia sanggup mengorbankan perkara paling disukai itu walaupun keputusan yang dibuat bukan sesuatu yang mudah.




Korbankan kecantikan dunia

Itulah pengorbanan yang dilakukan oleh pengacara dan juga usahawan terkenal, Neelofa yang tidak pernah terfikir untuk berniqab memandangkan kecantikan menjadi pilihan utama kepada kaum wanita.

"Semua wanita memang nak cantik. Pantang ada produk kecantikan semua nak beli sebab itu adalah lumrah untuk kaum wanita yang ingin kelihatan cantik.

"Saya sendiri masa nak tutup wajah dengan niqab pun bukan satu perkara yang mudah. Kali pertama terfikir nak pakai niqab saya sendiri tak pernah terbayang pun.

"Tapi, selepas tahu ganjaran yang akan diperoleh, maka saya korbankan apa yang paling saya suka iaitu kecantikan di dunia ini," katanya.

Perkara itu dikongsi olehnya sendiri dalam sesi live di Instagram Kasih Neelofa sempena sambutan Maulidur Rasul, yang membincangkan mengenai pesanan Rasulullah SAW buat wanita.

Wanita solehah lebih cantik dari bidadari syurga

Menurut Neelofa, menerusi satu kitab hadis terdapat beberapa persoalan yang diajukan Ummu Salamah kepada Nabi Muhammad mengenai wanita dunia dan bidadari syurga.

"Dikatakan isteri solehah, wanita solehah, wanita syurga serta tak kira apa rupa wanita itu, jika dia menunaikan solat, puasa di bulan Ramadan, mentaati suami dan menjaga kehormatan diri, maka dia jauh lebih cantik daripada bidadari syurga.

"Menerusi kitab yang saya baca, Ummu pernah bertanya kepada Rasulullah antara wanita dunia dan bidadari syurga siapa lebih cantik?. Kemudian Baginda menjawab wanita dunia atau isteri solehah ini jauh lebih cantik daripada bidadari syurga.

"Ummu bertanya lagi kenapa? Rasulullah menjawab, mereka jauh lebih cantik sebab menjaga solat, puasa, ibadah mereka kepada Allah dan Allah menutupi wajah mereka dengan cahaya.

"Kecantikan seseorang yang beralaskan cahaya Allah ini tidak dapat digambarkan dengan akal fikiran. Kurniaan cahaya ini juga tidak diberikan kepada bidadari syurga tapi diberikan khas kepada wanita dunia atau isteri solehah," jelasnya.

Neelofa juga memohon semua pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.

Semoga perubahan yang dilakukan ini memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana malah diharapkan perubahan ini akan terus berkekalan.



Anda masih keseorangan?

968,349 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen