Risau tentang orang Sabah, Ebit Lew hantar bantuan medikal guna kargo

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau sebelum ini beliau telah menyantuni pemandu-pemandu teksi yang terjejas pendapatan bulanannya, kali ini beliau menghulurkan bantuan buat para petugas di Sabah pula.


Sememangnya sangat dihargai orang ramai, pendakhwah bebas Ustaz Ebit Lew sentiasa menjadi yang pertama dalam menghulurkan bantuannya.

Hantar keperluan frontliners

Beliau yang terasa bimbang akan penularan wabak Covid-19 yang mengganas di Sabah, telah menghulurkan beberapa peralatan medikal untik kegunaan petugas kesihatan di sana.

Menerusi laman Facebook miliknya, pendakwah tersebut telah menggunakan pesawat kargo untuk menghantar bantuan kepada petugas di sana.

Guna kargo hantar bantuan

Ustaz Ebit Lew telah menghantar set PPE, Face Sheild, pelitup muka, pelindung kasut untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan petugas kesihatan dengan menggunakan perkhidtaman Raya Airways kargo.

Pohon doa ramai

Dalam perkongsiannya juga, beliau turut memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan Sabah yang kini sedang diuji dengan penularan Covid-19 yang sangat membimbangkan.

Menjengah ke ruangan komennya, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih malah mendoakan pendakwah bebas itu sentiasa dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen