Akad nikah dibenarkan di Selangor bermula 2 November

Oleh: Zuzu Yasmine

Berita gembira pula buat bakal pengantin di negeri Selangor. Kalau sebelum ini bakal pengantin di Kuala Lumpur dan Putrajaya dibenarkan untuk bernikah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Akad nikah dibenarkan

Kali ini, menerusi laman Facebook Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk memberi kelonggaran pelaksanaan upacara akad nikah di Pejabat Agama Daerah (PAID) di seluruh negeri Selangor bermula 2 November ini.




Patuhi SOP dan syarat

Walaupun diberi kelonggaran, para pengantin perlu mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan. Terutamanya berkenaan kehadiran dan juga tempoh masa akad nikah.

Jangan ambil langkah terburu-buru, sebaiknya lakukan temu janji terlebih dahulu.



Panduan buat bakal pengantin di Selangor

Bakal pengantin juga perlu patuh akan syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti yang berikut:

1. Pemohon lelaki dan perempuan sudah mendapat Kebenaran Berkahwin mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 dari PAID.

2. Hanya tiga orang dibenarkan hadir upacara akad nikah iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali.

3. Hanya lima akad nikah dibenarkan dalam masa satu hari iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat (hari bekerja) bermula 9 pagi hingga 4 petang

4. Kebenaran ini diberi kepada pasangan dalam Selangor atau pihak lelaki atau pihak perempuan dari luar Selangor dengan tanggungjawab pihak-pihak mendapatkan kebenaran pergerakan rentas daerah atau negeri jika diperlukan oleh pihak berkuasa

5. Cadangan upacara akad nikah yang mendapat kebenaran dari Ketua Pendaftar Nikah, Cerai Dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor sahaja akan diterima untuk dilaksanakan di PAID

Temu janji bagi akad nikah boleh dibuat dengan menghubungi Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) yang berdekatan bagi tindakan selanjutnya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen