Siti Nordiana akui sikap 'mak-mak' punca selebriti muda tertarik dekatinya

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang dalam mencari pasangan hidup tentunya telah meletakkan ciri-ciri kepada bakal pasangannya itu. Ada yang suka jenis begini ada pula yang suka begitu, semua bergantung kepada individu tersebut.


Sikap wanita kampung daya tarikan

Pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti lelaki lebih muda, pelakon dan penyanyi Siti Nordiana menafikan dia mudah menjadi tarikan lelaki muda kerana sikap wanita kampung dan ‘mak mak’ dimilikinya.

Sebelum ini, Siti Nordiana dikatakan rapat dan mesra beberapa selebriti muda seperti Khai Bahar, Fikry Ibrahim dan Syafiq Farhain bagaimanapun, Siti Nordiana berkata dia hanya menjalinkan hubungan baik dengan semua orang.

“Dari faktor usia, memang saya berusia daripada mereka. Status pula, saya pun seorang ibu, jadi wajarlah ada sifat ‘mak mak’ itu. Malah, saya juga memang berasal dari kampung, termasuk pernah mendapat gelaran ‘penyanyi kampung’. Tapi, taklah sampai saya mampu jadi tarikan lelaki muda.

“Pada saya, kami semua bersahabat. Tak salah pun jalinkan hubungan baik dan mesra dengan ramai orang. Saya sendiri sudah ada pengalaman ketika nama berada di puncak, kemudian jatuh dan sekarang mendapat sokongan peminat semula.

“Jadi, dengan pengalaman ini saya sedia berkongsi dengan sesiapa saja selebriti tidak kira lelaki atau wanita jika mereka mahukan pandangan. Bagi saya, wajar bersahabat untuk berkongsi kebaikan,” katanya.

Bukan mencari jodoh 

Menurutnya, jika dia rapat dengan mana-mana rakan artis, tidak pernah terfikir untuk menumpang populariti mereka. Malah, tidak mempunyai niat untuk mencari jodoh apabila bersikap baik dengan selebriti lelaki muda.

“Apabila saya baik, rapat dan mesra dengan selebriti lain, tak pernah terlintas di fikiran pun nak menumpang populariti mereka. Pada saya, peminat atau orang ramai berhak menyokong dan memilih selebriti yang diminati.

“Malah, sikap baik saya pada selebriti lelaki muda ini bukan berbaur peribadi atau nak mencari jodoh. Untuk saya, cukup sekadar saling menyokong sebagai rakan sesama selebriti. Lagipun jodoh itu rahsia Allah,” katanya.

Rapat kerana selalu berkerjasama

Tambahnya, Keakraban mereka jelas kelihatan apabila pernah bekerjasama dalam lagu dan drama serta ada kala dilihat saling berbalas komen di media sosial masing-masing, malah hubungan baik mereka yang nampak rapat dan mesra itu sekadar rakan satu bidang kerjaya berikutan mudah berkongsi pandangan terhadap industri seni.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen