"Jodoh akan tiba pada waktu yang tepat..." - Dirisik PU Riz, kisah jodoh Neelofa beri inspirasi

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak akhir-akhir ini, nama Neelofa sentiasa disebut-sebut kerana memberi inspirasi kepada ramai pihak dalam penampilan terbarunya. Bukan itu saja, bila sebut saja nama Neelofa tentunya akan terselit nama PU Riz.


PU Riz risik Neelofa

Baru-baru ini, kecoh di media sosial dimana peminatnya tertanya-tanya mengenai majlis pertunangan Noor Neelofa dan pendakwah terkenal, Haris Ismail atau lebih dikenali dengan nama PU Riz.

Sebelum ini, kebanyakkan peminat pengacara dan usahawan terkenal tersebut sudah mula menghidu hubungan yang terjalin antara Neelofa dan PU Riz, namun perkara itu masih belum diakui oleh kedua-duanya.

Dikongsi oleh ibu dan kakak

Bagaikan menjawab segala teka teki, terdapat beberapa hint yang dikongsikan di Ig Story Neelofa dan kakaknya, Noor Nabila turut memberi ‘hint’ bahawa mereka sedang menerima tetamu ‘istimewa’ di rumah.

Malah berita gembira itu juga turut dikongsikan oleh ibu kepada Neelofa sendiri menerusi Instagram miliknya serta meluahkan rasa syukur dan berharap agar insan tersebut akan memberi kebahagiaan kepada anaknya kelak.



Bakal disatukan tahun hadapan

Menurut Astro Awani, majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen