Jodoh datang bila seseorang itu sudah bersedia, bukan bila sudah memiliki segalanya.
Mungkin awal perkahwinan tidak dimewahkan dan cukup serba-serbi namun, boleh jadi masa yang terluang bersama itu adalah kebahagiaan yang belum tentu dimiliki oleh pasangan lain.
Bersyukur kalau dapat pasangan yang sanggup susah senang bersama, itu akan menjadi kenangan indah kelak.
Seperti yang dikongsikan oleh wanita ini, walaupun suaminya tidak manjakannya dengan kemewahan tetapi dia tetap bahagia di sisi suaminya.
Hanya ada sebuah motosikal sahaja
Berdasarkan rakaman video TikTok oleh Mahsuri, dia berkongsi sedikit rutin hariannya bersama suaminya. Menurutnya, suaminya hanya memiliki sebuah motosikal yang digunakan untuk pergi dan balik kerja dari awal perkahwinan lagi. Dia tidak kisah akan perkara itu kerana dia bahagia bersama suami yang bertanggungjawab dalam semua perkara.
Terima kasih segala pengorbanan
Dia yang berharap suaminya tidak melupakan saat-saat ini malah berjanji akan menemani suaminya setiap hari. Bukan itu saja, dia juga sangat berterima kasih atas segala pengorbanan yang telah suaminya lakukan buatnya.
Mahsuri juga sempat berkongsi berita gembira bahawa dia akan memberikan hadiah terindah buat suaminya apabila dijangka bakal bergelar ibu tidak lama lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terinspirasi dari kisah pasangan muda ini, malah ada juga mendoakan pasangan ini agar dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. Kalau dlihat pasangan ini cukup menikmati kebahagiaan sebagai pasangan suami isteri.
Tinggalkan Komen