Dah lama bersama, tapi kenapa lelaki lebih suka rahsiakan perhubungan dengan pasangan?

Oleh: Siti Nur Ain

Dalam perhubungan, sudah menjadi kebiasaan pasangan akan memberitahu dirinya sudah mempunyai kekasih. Lebih-lebih lagi, bagi pihak wanita yang akan selalu ‘post’ di laman sosialnya. Tetapi perkara ini kurang berlaku kepada pihak lelaki. Mereka lebih suka merahsiakan hubungannya.

Pasti anda semua tertanya kenapa lelaki lebih suka rahsia dan tidak ‘post’ tentang anda di laman sosialnya. Di bawah ini terdapat sebab mengapa lelaki memilih untuk merahsiakan anda.

1. Pentingkan privacy

Lelaki seorang yang lebih menyukai 'privacy'. Dirinya tidak menunjukkan kemesraan dia dan pasangannya kerana tak nak orang sekeliling berasa tak selesa. Atau muncul perasaan cemburu seterusnya menjadi orang ketiga dalam hubungannya.

2. Menganggap bukan perkara penting

Sifat secara bersederhana dan sempoi pasti akan ada di dalam diri sesetengah lelaki. Mereka berasa tidak penting untuk ‘post’ kisah hubungan untuk menjadi tatapan orang lain. Baginya sudah cukup jika pasangan tahu bahawa mereka mencintainya.

3.Berfikiran lebih jauh

Lelaki juga akan mempunyai sikap manja atau kebudak-budakkan apabila bersama dengan orang dia sayang. Tetapi mereka dapat berfikir lebih jauh tentang masa depan dan hubungan. Jadi baginya andai memang sudah ditakdirkan menjadi jodoh. Pasti tidak akan ke mana.

4.Rahsiakan hubungan untuk menjaga diri

Mereka tidak mahu dipandang buruk seterusnya dikatakan menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan fitnah dalam kalangan teman sekeliling. Pasangan anda juga akan berfikir jika mereka menunjuk tetapi akhirnya berpisah, dirinya akan diperkatakan.

Pasti ada sebab di setiap tindakan yang dilakukan. Begitu juga dengan tindakan pasangan anda merahsiakan hubungan kalian. Tetapi percayalah mereka hanya mahu yang terbaik untuk anda. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen