Baru tiga hari sah sebagai pasangan hidup, suami pergi menghadap Ilahi

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan yang disemai dengan rasa cinta tentunya melahirkan rasa teruja untuk mendirikan rumah tangga bersama.

Tapi bagaimana jika belum sempat menikmati kebahagiaan serta bermanja bersama insan tersayang yang dinanti-nantikan selama ini, ada ujian yang lebih berat ternanti dan terpaksa dilalui seorang diri.




Meninggal dunia selepas tiga hari berkahwin

Itulah yang dilalui oleh seorang wanita di Sulawesi Selatan apabila terpaksa berpisah mati dengan suaminya yang terlibat dalam kemalangan selepas tiga hari mendirikan rumah tangga.



Menerusi laman Tribun News, suami kepada wanita tersebut dikatakan mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan jalan raya dan telah koma sebelum akhirnya menghembuskan nafas terakhir.




Mengucup berulang kali jasad suami


Berdasarkan video yang dikongsikan dunia_kaumhawa, dapat dilihat pasangan ini berkongsi kegembiraan ketika di majlis perkahwinan dan juga graduasi si isteri mulanya.



Namun semua berubah apabila suasana bertukar hiba melihat isteri menangis dan meratapi suaminya kerana tidak sanggup berpisah. Malah dilihat isterinya seolah tidak mampu terima kenyataan dengan mengucup jasad Allahyarham sebelum dikebumikan.

Video kisah mereka ini telah tular di media sosial yang sememangnya mengundang rasa sedih dan simpati ramai.

Malah, ada juga warganet berkongsi kisah yang sama apabila pernah rasakan apa yang wanita itu alami. Apa-apa pun, semoga wanita ini terus kuat dalam ujian yang dilaluinya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen