"It's make me cry.." - Video detik pertemuan dengan PU Riz buat Neelofa tersentuh

Oleh: Zuzu Yasmine

Segala teka teki yang bermain difikiran warganet akhirnya terjawab juga apabila status perhubungan pengacara dan juga ushawan terkenal, Neelofa dan juga PU Riz diketahui umum selepeas beliau dirisik oleh keluarga PU Riz pada 1 November 2020 di kediamannya, di Petaling Jaya.




Walaupun masih belum ada penjelasan dari tuan punya badan, tapi perkara itu diperkukuhkan lagi apabila ibu kepada pengacara Neelofa iaitu Datin Noor Kartini tampil memuat naik foto mereka bersama di laman sosial Instagramnya, dengan kapsyen seperti mengatakan bahawa anak perempuannya itu telah bertemu insan yang akan membahagiakan dirinya.



Repost video detik perkenalan

Bertambah yakin lagi apabila Neelofa memuat naik hantaran di IG storynya yang diulang dari laman fanclub lofa.page, berkenaan satu video kompilasi detik-detik petemuan awal antara Neelofa dan juga PU Riz. Malah, dipercayai video dengan berlatar belakangan lagu Takdir Tercipta tersebut menyentuh hati beliau.

“This video made me cry Masya-Allah...”

Menjengah ke ruangan komen fan page tersebut, rata-rata mengucapkan tahniah sekaligus turut gembira dan tersentuh melihat video yang dikongsi itu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen