Gadis dibunuh kejam ketika menjaga ibu telantar sakit

Oleh: Zuzu Yasmine

Gadis berusia 19 tahun dipercayai mati dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, hari ini.

Menerusi laporan harian Metro, mangsa Siti Nur Surya Ismail ditemui tertiarap di ruang tamu rumah oleh adiknya Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah dalam kejadian jam 2.30 petang.




Abangnya Mohd Zaid Azroi, 28, mengetahui kejadian tersebut selepas dihubungi adiknya Syuhada ketika sedang berkerja di Kampung Bukit Payong.

"Adik (Siti Nur Surya) dibunuh kejam dengan beberapa kesan (tikaman) dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

"Ketika kejadian hanya ibu sahaja yang ada di rumah. Ibu yang terlantar sakit hanya mampu melihat kerana dia menghidapi sakit kanser otak," katanya.




Bapa mangsa pula Ismail Muda yang sedang bekerja tidak jauh dari rumah menjangkakan kejadian itu berlaku sebelum jam 10 pagi kerana bubur nasi yang dibeli anak (Mohd Zaid Azroi) tidak terusik dan lampin pakai buang basah bermakna belum ditukar.

“Saya agak kejadian ini berlaku sebaik anak lelaki keluar rumah untuk kembali ke tempat kerja kira-kira jam 8.30 pagi,” ujarnya.

Tambahnya, hanya wang perbelanjaan harian sebanyak RM400 dan wang milik arwah dianggarkan RM2,000 serta dua telefon bimbit miliknya yang disimpan dalam beg tangan hilang.

“Saya anggarkan wang arwah sebanyak itu kerana sejak menjaga ibunya (terlantar sakit), saya beri saguhati kepadanya RM100 setiap bulan,” katanya.



Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian dan berdasarkan petunjuk kes ini dipercayai dilakukan oleh seorang individu.

Perkara ini mendapat perhatian ramai yang rata-rata mendoakan agar anak gadis itu ditempatkan ke dalam syurga selain berharap penjenayah ditangkap dan mendapat hukuman yang setimpal.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen