Jangan mengalah dengan jodoh, berusahalah ke arahnya demi cinta

Oleh: Siti Nur Ain

Setiap insan pasti memiliki hasrat ingin mempunyai pasangan dan seterusnya melangkah ke alam baru, iaitu perkahwinan. Tetapi mereka yang masih menanti dan jodoh tak kunjung tiba membuatkan hasrat terpaksa dipendam. Hingga akhirnya muncul perasaan bosan dan ‘give up’ untuk menunggu jodoh datang.

Jika kita mahukan sesuatu, kita sepatutnya berusaha dahulu sebelum akhirnya bersabar. Kerana setiap perkara perlu ada usaha termasuklah dalam urusan jodoh.  Di sini kami memberi kan cara yang anda boleh lakukan untuk segera mendapatkan pasangan.

1. Luaskan pengenalan

Semakin ramai kenalan, maka semakin tinggi peluang untuk anda berjumpa dengan jodoh anda, kerana telah berjumpa dengan ramai kenalan baru. Anda tidak tahu sekiranya berjodohan dengan rakan sendiri atau insan di sekeliling. Sebab itu mengapa penting luaskan kenalan, baik di media sosial atau di kehidupan realiti.

2. Minta pertolongan sahabat.

Setiap dari kita pasti mempunyai sahabat baik yang kita percaya dan rapat. Untuk seorang ‘introvert’ atau malu untuk berkenalan boleh menggunakan cara ini. Rakan baik sudah tentu mengetahui bagaimana sifat dan perangai anda seterusnya memudahkan lagi untuk meminta bantuan dari mereka.

3. Perbaiki diri sendiri

Anda pasti mahu pasangan anda baik dari segala sudut. Tetapi anda juga haruslah memperbaiki diri anda juga, kerana jodoh yang baik untuk mereka yang baik. Perkara ini juga membantu anda menyiapkan diri dan hati andai telah berjumpa dengannya nanti.

4. Usaha, doa dan sabar

Selepas anda berusaha untuk mencarinya, doa dan sabarlah. Kerana Islam juga mengajar untuk kita bertawakal kepada Allah selepas berusaha dengan bersungguh-sungguh.  Diikuti dengan doa agar di permudahkan segala urusan.

Setiap usaha pasti akan membuahkan hasilnya. Cuma lambat atau cepat sahaja. Yang penting berusaha dan janganlah menyerah tanpa mencuba terlebih dahulu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen