Pilu, bapa mertua setia bacakan al-Quran di sisi jenazah menantu maut kemalangan

Oleh: Zuzu Yasmine

Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan juga kereta Perodua Myvi telah dilaporkan berlaku di hadapan simpang Taman Merak Masa berhadapan Masjid Saidina Ali, Bukit katil pagi tadi.


Menurut laporan Info Roadblock JPJ/POLIS, penunggang motosikal tersebut dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.



Lelaki setia di sisi jenazah

Menerusi sumber lain pula, situasi menjadi lebih pilu apabila seorang lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa duduk di sisi jenazah sambil mengalunkan ayat suci al-Quran sebelum dibawa ke hospital.



Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet yang turut bersimpati akan khabar duka tersebut. Malah, ada juga yang menjelaskan bahawa lelaki yang setia di sisi jenazah merupakan bapa mertuanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen