Perempuan jangan terlalu berdikari dalam perhubungan, nanti hubungan menjadi kaku

Oleh: Siti Nur Ain

Sesetengah wanita pasti mempunyai sifat manja dan kebudak-budakkan terlebih lagi ketika bersama dengan insan yang dicintainya.

Oleh itu, sudah menjadi pandangan biasa apabila melihat wanita ‘clingy’ dengan pasangan kerana itu telah menjadi sebahagian dari sikap mereka.

Tetapi bagaimana pula jika wanita itu terlalu berdikari? Adakah hubungan mereka akan menjadi baik-baik sahaja atau sebaliknya?

1. Tidak membebankan lelaki

Sudah semestinya jika wanita itu berdikari, pihak lelaki tidak akan terbeban dengan sikap mereka yang manja dan inginkan perhatian. Lelaki boleh melakukan kerja mereka dengan lebih tenang, begitu juga dengan wanita yang tahu apa perlu dilakukan. Tidaklah setiap hari mesej dan tanya apa dilakukan oleh pasangannya.

2. Tahu matlamat dalam hubungan

Wanita yang berdikari pasti tahu apa yang diinginkan, termasuklah dalam perhubungan. Jadi ketika anda bersama dengan wanita yang berdikari, pasti wanita itu sudah memiliki rencana atau masa hadapan arah tujuan hubungan. Mereka tidak akan bermain-main atau menganggap hubungan hanya pengisi masa lapang.

3. Sering selisih faham

Tetapi perlu diketahui, wanita dengan sikap ini juga mempunyai ego yang tinggi. Sehingga boleh mengakibatkan sering berlakunya selisih faham. Kita mengetahui bahawa lelaki tidak dipisahkan dengan ego yang tinggi dan apabila berjumpa dengan wanita ini, pasti pertengkaran tidak dapat dielakkan.

4. Hubungan menjadi kaku

Kebiasan wanita berdikari akan menjadi serius dan tidak mengambil peduli dengan hal remeh. Seperti bergurau, bermanja dan lain-lain lagi. Perkara ini sedikit sebanyak akan membuat hubungan menjadi kaku dan bosan. Sehingga munculnya perasaan ingin berpisah di dalam diri.

Setiap perkara pasti ada pro dan kontranya. Tinggal kita sahaja bagaimana ingin mengawal situasi dan keputusan saat memilih berpasangan dengannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen