Berharta bukan ciri idaman tetapi, lelaki yang romantik lebih dipilih oleh wanita

Wanita sering berimpikan jejaka idaman mereka. Apabila ingin mendekati seseorang mereka akan melihat ciri-ciri lelaki tersebut. Namun apakah ciri-ciri lelaki idaman mereka?


Berikut sedikit ciri-ciri jejaka idaman wanita!

 

 

 

 

1. Romantik


Setiap insan yang bernama wanita akan mudah jatuh cinta dengan jejaka yang mempunyai sifat romantik. Namun yang demikian, jangan terlalu berlebihan kerana perkara tersebut akan menimbulkan sikap kurang senang kepada wanita. Cukup bersederhana dan lebih semulajadi.


2.
Kelakar


Jejaka yang kelakar sering menjadi pilihan wanita kerana jejaka yang mempunyai sifat ini sentiasa membuatkan wanita tertawa. Hal ini kerana, hati wanita mudah terpaut kepada seseorang yang boleh menghiburkan hati mereka dan membuatkan mereka lupa tentang masalah mereka.


3. Bergaya


Bergaya bukan bermaksud perlu memakai pakaian yang berjenama tetapi mempunyai gaya tersendiri yang lebih semulajadi. Anda berpakaian kemas dan bersih juga merupakan perkara yang menarik minat wanita. Selain itu, pemilihan kasut yang sesuai juga termasuk dalam definisi bergaya.

 

 


4. Wangi


Hal ini sangat penting bagi wanita. Selain mempunyai gaya, jejak yang berbau wangi juga adalah jejaka idaman wanita lebih-lebih lagi apabila berselisih atau lalu di hadapan mereka. Oleh itu, sebagai lelaki anda haruslah bijak dalam memilih haruman yang sesuai dengan anda kerana perkara tersebut juga memberi kesan.


5. Mempunyai kerjaya yang tetap


Lelaki yang mempunyai kerjaya yang tetap sering menjadi pilihan para wanita kerana wanita inginkan seseorang yang mampu menjaga mereka. Namun yang demikian, bukan bermaksud wanita bersikap materialistik cuma sebagai lelaki anda harus mempersiapkan diri kerana memiliki kerjaya yang tetap juga adalah kebaikan untuk masa depan anda.

 


Kesimpulannya, lelaki mahupun wanita kedua-duanya haruslah sentiasa perbaiki diri kerana hal tersebut untuk kebaikan diri sendiri.  

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen