Mangsa dibunuh rakan baik pasang impian jadi pelukis pelan, tapi demi ibu rela berkorban

Oleh: Zuzu Yasmine

Sangat menyayat hati apa yang menimpa Siti Nur Surya Ismail yang mati dibunuh rakan sendiri. Gadis ini bercita-cita ingin menjadi pelukis pelan namun sanggup mengorbankan impiannya demi menjaga ibu yang sakit akibat kanser otak.




Lepaskan impian dengan rela hati

Menurut bapa arwah, Ismail Muda, 58, berkata anaknya sepatutnya menyambung pengajian dalam bidang lukisan pelan seni bina di Akademi Binaan Negara (ABN) Hulu Terengganu.

"Demi kasih arwah terhadap ibunya, dia sanggup mengorbankan pelajarannya apabila mengambil keputusan tidak menyambung pengajian selepas tamat Tingkatan Lima.

"Dia bercita-cita menjadi seorang pelukis pelan dan menyambung pengajian dalam bidang lukisan pelan senibina di Akademi Binaan Negara (ABN) Hulu Terengganu Januari lalu," katanya.

Jelasnya, arwah memikirkan ibunya yang terlantar sakit dengan rela melupakan impian bergelar pelukis pelan hanya kerana mahu menumpukan perhatian menjaga ibu.

Seorang kakak dan anak yang baik

Menurut adiknya pula, Siti Nurliayana Syuhada, 15, pemergian kakaknya secara tiba-tiba meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya kerana arwah merupakan kakak dan anak yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

"Arwah sangat baik. Saya akan merinduinya selepas ini apatah lagi kakak yang selalu menghantar dan menjemput saya pergi dan balik sekolah," katanya yang masih dalam keadaan sugul tidak percaya arwah kakaknya pergi dalam keadaan menyayat hati.

"Saya tidak menyangka tragedi berdarah ini berlaku kepada kakak. Ketika melihat mayatnya dengan pergelangan tangan kiri putus, saya takut dan terus keluar rumah untuk menelefon bapa," ujarnya.

Terdahulu, Siti Nur Surya ditemui mati dipercayai dibunuh, adiknya yang menemui mangsa tertiarap di ruang tamu keadaan berlumuran darah dan putus pergelangan tangan ketika pulang dari sekolah, kira-kira jam 2.30 petang. Mangsa juga dipercayai turut mengalami kecederaan pada badan muka dipercayai bergelut sebelum dibunuh dengan senjata tajam.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen