Usaha kuat demi bawa hubungan ke jinjang pelamin, kisah lelaki ini buat ramai sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Angan setiap pasangan yang bercinta tentunya ingin kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin. Tapi itulah, sebagai manusia kita hanya mampu merancang selebihnya Allah yang menentukan segalanya. Siapa sangka impian itu musnah apabila kita ini hanya menjaga jodoh orang lain.


Ada perancangan nak kahwin tapi bukan masa sekarang

Itulah yang dilalui oleh seorang jejaka yang mahu dikenali sebagai Nando. Dia yang berkongsi sedikit rakaman video menerusi aplikasi TikTok mengenai hubungan cinta tidak kesampaian apabila gadis tersebut memilih lelaki yang lebih serius dan berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga.





Menurutnya, dia dan juga kekasihnya itu telah lama menjalinkan hubungan cinta, malah sememangnya mempunyai niat untuk membawa hubungan tersebut ke arah yang lebih serius. Bukan itu saja, dia juga telah melakukan tinjauan sebuah rumah untu duduk bersama kelak.


Terpaksa lepaskan buah hati bahagia bersama orang lain

Namun tiba-tiba berubah apabila gadis tersebut ingin putuskan hubungan dan menyatakan bakal berkahwin dengan orang lain. Sebelum ini, gadis tersebut pernah mengajaknya berkahwin tetapi kerana faktor umur yang dirasakan masih muda dia menangguhkannya dahulu. Kerana keputusan tersebut, dia terpaksa melepaskan buah hatinya bahagia di sisi orang lain.



Setia akan kalah dengan yang serius

Ramai yang bersimpati akan nasib yang menimpa jejaka ini, namun itulah adat bercinta jika tak serius untuk berkahwin hubungan boleh terlerai di tengah jalan. Malah, rakaman video ini mendapat perhatian ramai yang merasakan jejaka ini masih belum serius untuk bercinta dan berkahwin, dan ada yang memberi nasihat bahawa gadis mahukan kepastian dan ingin diperjuangkan.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen