Solat Istikharah mohon petunjuk, tapi si dia bukan pilihan hati kamu

Solat istikharah merupakan jalan terbaik dalam melakukan keputusan lebih-lebih lagi dalam soal jodoh. Namun, apabila kita telah mendapat jawapan daripada solat istikharah tersebut kita tidak memilih si dia.


Berikut merupakan antara sebab mengapa kita tidak memilih si dia sebagai pasangan hidup kita.

 


1. Tidak memenuhi syarat


Si dia yang muncul dalam solat istikharah kita merupakan seseorang yang belum memenuhi syarat atau kriteria yang kita inginkan. Mungkin dari segi kewangan, cara pemikiran yang belum matang atau kemampuan si dia untuk melangkah ke alam seterusnya, iaitu alam perkahwinan.


2. Berbelah bahagi


Setelah melakukan solat istikharah, hati selalunya akan tenang memilih si dia. Namun, tidak berlaku kepada diri kita. Hati kita masih berasa ragu dengan pilihan kita. Oleh yang demikian, kita mengambil keputusan untuk tidak memilih si dia sebagai pasangan hubungan. Tindakan itu lebih baik daripada terus mengantungkan hubungan tanpa kata putus.

 


3. Mengharapkan orang lain


Sebelum solat istikharah dilakukan, kita dari awal telah mengharapkan orang lain. Namun, apabila muncul si dia yang bukan kita harapkan maka kita tidak memilih si dia kerana hati kita tidak berpihak kepada si dia tersebut.


4. Bukan pilihan keluarga


Ketika segalanya kita telah yakin si dia pula bukan pilihan keluarga. Tentangan yang kuat daripada keluarga membuatkan kita tidak memilih si dia kerana ingin menghormati nama baik keluarga. Akhirnya, terlerailah hubungan kita dengan si dia.

 

 

Kesimpulannya, sebelum menetapkan keputusan kita perlulah melakukan pertimbangan agar keputusan tersebut tidak menjadi sebuah penyesalan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen